← Back to list

Saintis Temui Vaksin Berasaskan Tumbuhan Mampu Berkesan Semua Jenis Varian Covid-19

Dec 09, 2021


Sebuah syarikat farmaseutikal di Kanada menyatakan bahawa vaksin Covid-19 berasaskan tumbuhan yang dihasilkannya terbukti mempunyai keberkesanan sehingga 75 peratus dalam mengekang penularan varian Delta.

Kajian yang dijalankan sebuah syarikat farmaseutikal di Kanada menemui vaksin Covid-19 berasaskan tumbuhan terbukti berkesan dalam menghentikan penularan varian Delta sehingga 75 peratus.

Memetik laporan New York Post, kajian peringkat akhir daripada kedua-dua syarikat membuktikan vaksin Medicago adalah 75.3 peratus berkesan terhadap varian itu dan setelah ia dipertingkatkan dengan penggalak GlaxoSmithKline.

saintis temui vaksin berasaskan tumbuhan mampu berkesan semua jenis varian covid-19

Menurit Ketua Pegawai Kesihatan Global GSK, Thomas Breuer memaklumkan pihaknya yakin dengan keputusan kajian yang didapati mempunyai keberkesanan untuk melawan varian Delta ketika ini.

“Ini adalah keputusan yang memberangsangkan. 

“Pandemik Covid-19  terus menunjukkan aspek baharu dengan varian Delta menunjukkan dominasi  semasa yang akan diikuti oleh  varian Omicron dan seterusnya varian lain,” katanya.

saintis temui vaksin berasaskan tumbuhan mampu berkesan semua jenis varian covid-19

Malah, teknologi canggih digunakan untuk menghasilkan sel tumbuhan dengan meniru struktur koronavirus.

Sebanyak 71 peratus vaksin itu berkesan terhadap semua varian koronavirus kecuali Omicron yang belum diketahui ketika kajian dijalankan.

Kajian klinikal itu melibatkan lebih 24,000 peserta berumur 18 tahun ke atas di Kanada, Amerika Syarikat, Britain, Mexico, Argentina dan Brazil.

Tambahnya, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan bagi penggunaan vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan itu daripada pihak berkuasa kesihatan Kanada.

Sumber: New York Post
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi