← Back to list

Malaysia Sumbang AstraZeneca Pada Bangladesh & Laos

Dec 07, 2021

Malaysia bakal menyumbangkan 559,200 dos vaksin jenis AstraZeneca kepada Bangladesh dan 283,400 lagi kepada Laos.

malaysia sumbang astrazeneca pada bangladesh & laos

Langkah tersebut adalah untuk memastikan negara-negara yang memerlukan mendapat kesaksamaan akses kepada bekalan vaksin COVID-19.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, sehingga semalam, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi Bangladesh adalah 20 peratus manakala bagi Laos pula adalah 24 peratus.

Lanjutnya, beliau memberi jaminan bahawa menerusi sumbangan terbabit, negara masih mempunyai stok bekalan vaksin yang mencukupi untuk program vaksinasi populasi dewasa, remaja dan juga pemberian dos penggalak kepada mereka yang telah layak.

“Kementerian Kesihatan (KKM) berharap sumbangan ini dapat membantu usaha kerajaan kedua-dua negara dalam menangani pandemik COVID-19 serta meningkatkan lagi kadar vaksinasi di negara masing-masing.

“Kerajaan melalui KKM dan Wisma Putra akan terus mengenal pasti dan membantu negara-negara yang mencatatkan kadar vaksinasi yang rendah melalui pemberian sumbangan vaksin COVID-19,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini, Malaysia juga pernah menerima sumbangan vaksin daripada China, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom dengan jumlah keseluruhan yang diterima sebanyak 2,9113,790 dos.

“Sumbangan ini telah membantu meningkatkan kadar liputan vaksinasi di dalam negara dan kini, Malaysia berharap dapat lakukan perkara yang sama kepada negara-negara yang memerlukan,” jelasnya.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi