← Back to list

Singapura Catat Kadar Kematian Akibat COVID-19 Pada Paras Rendah Dengan 0.2 Peratus

Nov 04, 2021

Kadar kematian akibat COVID-19 di Singapura dilaporkan kini mencatat paras yang sangat rendah iaitu pada 0.2 peratus.

singapura catat kadar kematian akibat covid-19 pada paras rendah dengan 0.2 peratus

Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kanan Kesihatan Singapura, Janil Puthucheary.

Jelas beliau, kadar kematian COVID-19 sebanyak 0.2 peratus mempunyai peratus yang hampir sama dengan jumlah pesakit yang mengalami jangkitan radang paru-paru.

“Tetapi ini bermakna dari masa ke masa, jumlah kematian mutlak akibat COVID-19 akan meningkat walaupun terdapat rawatan perubatan yang terbaik, dan kita mungkin mempunyai 2,000 kematian setiap tahun. Kebanyakan daripada mereka adalah warga emas dan sudah tidak sihat,” jelas beliau.

Sebagai perbandingan, berdasarkan penerangan Dr Puthucheary, kira-kira 4,000 pesakit maut akibat influenza, radang paru-paru dan penyakitan pernafasan lain setiap tahun.

Berikutan itu, ia adalah antara sebab mengapa kerajaan negara tersebut sentiasa menekankan kepentingan vaksinasi dan suntikan penggalak.

“Kita mesti memastikan bahawa setiap orang yang dijangkiti COVID-19 akan menerima rawatan perubatan yang sewajarnya oleh pekerja penjagaan kesihatan dan sistem hospital kita, dan diberi peluang terbaik untuk melawan penyakit itu,” katanya.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi