← Back to list

Kanak-Kanak Malaysia Berusia 5 Hingga 12 Tahun Bakal Diberi Vaksin COVID-19

Oct 29, 2021

Pemberian vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan diteruskan dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun.

kanak-kanak malaysia berusia 5 hingga 12 tahun bakal diberi vaksin covid-19

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pilihan vaksin lain seperti Sinovac akan diberi pertimbangan terhadap golongan itu.

“82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos.

“Ini bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.

“Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak,” jelasnya menerusi entri di Twitter.

Perincian lanjut mengenai bilakah pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun itu akan berlaku bagaimanapun masih belum didedahkan.

Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi