← Back to list

Panel FDA Sokong Vaksin Pfizer Diberi Pada Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun

Oct 27, 2021

Penggunaan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dengan dos berkurangan khas buat kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapat sokongan dari panel kesihatan Amerika Syarikat.

panel fda sokong vaksin pfizer diberi pada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Ia susulan kemungkinan negara itu akan memulakan program vaksinasi terhadap golongan kanak-kanak pada usia berkenaan tidak lama lagi.

Pemberian vaksin COVID-19 ini telah sebulat suara dipersetujui panel penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dengan hanya satu berkecuali, melihat kepada manfaat penggunaan vaksin itu melebihi risiko pada kumpulan berkenaan.

Ia termasuklah juga kesan sampingan berkaitan jantung yang jarang berlaku dalam kalangan remaja dan dewasa yang mendapat dos tinggi.

Bagaimanapun FDA tidak terikat dengan cadangan panel berkenaan dan dijangka membuat keputusannya sendiri dalam beberapa hari.

Jika FDA memberi kebenaran penggunaan vaksin dengan dos berkurangan khas buat kanak-kanak, Pusat Pencegahan Penyakit AS (CDC) masih perlu membuat keputusan untuk mengesyorkan vaksin berkenaan dan golongan mana yang harus menerimanya.

Untuk rekod, kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun adalah berisiko rendah berdepan komplikasi akibat COVID-19, jika dibandingkan dengan golongan usia lain namun masih tetap berhadapan jangkitan yang serius.

Di Amerika Syarikat, lebih 8,300 kes kemasukan hospital dilaporkan dengan satu pertiga dari jumlah itu dimasukkan ke ICU, manakala 100 kes kematian telah dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak usia tersebut.

Menurut cadangan itu lagi, dos untuk golongan kanak-kanak ini adalah satu pertiga dos vaksin Pfizer yang diberikan kepada mereka berusia 12 tahun ke atas.

Moderna juga ketika ini sedang membuat kajian tentang dos vaksin keluaran khas buat kanak-kanak.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi