← Back to list

Vaksin COVID-19 Akhirnya Sampai Di ‘Hujung Dunia’, Manfaat Penyelidik Britain Di Benua Antartika

Oct 08, 2021


Sekumpulan penyelidik Britain menerima perkhabaran gembira apabila penghantaran vaksin Covid-19 akhirnya tiba di Benua Antartika untuk mendapatkan pelalian.

Menurut Kementerian Luar Britain, vaksin tersebut diserahkan kepada Stesen Penyelidikan Rothera milik Kaji Selidik Antartika Britain. 

vaksin covid-19 akhirnya sampai di ‘hujung dunia’, manfaat penyelidik britain di benua antartika

Malah, ia merupakan destinasi paling jauh merangkumi Wilayah Seberang Laut Britain yang mendapat bekalan vaksin setakat ini.

Vaksin AstraZeneca itu diterbangkan dari sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja di Britain melalui Senegal dan Kepulauan Falkland sebelum sampai kepada 23 kakitangan fasiliti tersebut di Wilayah Antartika Britain.

vaksin covid-19 akhirnya sampai di ‘hujung dunia’, manfaat penyelidik britain di benua antartika

Bagi melengkapkan misi kerajaan Britain untuk membekalkan vaksin ke semua Wilayah Seberang Laut Britain yang berpenghuni, lebih 16,000 kilometer panjang perjalanan perlu ditempuh untuk merentasi empat benua itu.

Kerjasama daripada organisasi pembangunan antarabangsa, Crown Agents turut menjadi peranan dalam misi itu.

Menurut Ketua Eksekutif Crown Agents, Fergus Drake memaklumkan bekalan vaksin telah dibekalkan organisasi berkenaan ke ‘hujung dunia’ termasuk Kepulauan Pitcairn di Lautan Pasifik dan Kepulauan Tristan da Cunha di Atlantik Selatan.

Sumber: AFP News
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi