← Back to list

YouTube Sekat Kandungan Berbaur Antivaksin

Sep 30, 2021

YouTube bakal mengambil tindakan menyekat semua kandungan bersifat antivaksin COVID-19.

youtube sekat kandungan berbaur antivaksin

Ini termasuklah kandungan yang melemparkan tuduhan bahawa vaksin menyebabkan kesan kronik kepada penerima serta maklumat yang tidak benar mengenainya.

Menurut Naib Presiden YouTube, Matt Halprin, syarikat dalam talian yang dimiliki Alphabet itu akan turut menyekat beberapa aktivis antivaksin terkenal seperti Robert F Kennedy Jr dan Joseph Mercola dengan membataskan saluran mereka.

Langkah tersebut diambil berikutan YouTube berserta beberapa gergasi teknologi lain seperti Facebook dan Twitter dikritik kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya dalam usaha membendung penyebaran maklumat kesihatan palsu di laman sesawang mereka.

Terdahulu, Kennedy yang merupakan seorang peguam dan anak kepada Senator Robert F Kennedy, dan Mercola, pengusaha alternatif, pernah mengatakan yang mereka tidak menentang semua jenis vaksin tetapi percaya maklumat berkenaan risiko vaksin tidak didedahkan sepenuhnya.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi