← Back to list

PICK Remaja Hanya Guna Vaksin Jenis Pfizer, Selamat Digunakan Untuk Remaja Dan Kanak-Kanak

Sep 24, 2021


Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja hanya menggunakan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada lebih dua juta remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini.

pick remaja hanya guna vaksin jenis pfizer, selamat digunakan untuk remaja dan kanak-kanak

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata keputusan tersebut diambil kira dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesan vaksin jenis itu kepada kanak-kanak oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Kerajaan memberi jaminan akan memberikan suntikan vaksin jenis Pfizer kepada pelajar sekolah, kerajaan sudah jalankan program pemberian vaksin kepada pelajar sekolah baru-baru ini dan akan diperluaskan ke seluruh negara dalam masa terdekat.

“Pfizer dipilih dalam pemberian vaksin untuk remaja sekolah kerana data klinikal mengenai keberkesanan dan selamat digunakan ke atas kanak-kanak menunjukkan kebaikan lebih daripada kemudaratan,” katanya.

Tambahnya, beliau menjawab celahan RSN Rayer (Jelutong-PH) yang meminta kerajaan memberikan jaminan bahawa hanya akan menggunakan vaksin jenis itu dalam program pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun selaras pembukaan semula sesi persekolahan pada 3 Oktober depan.

Menurutnya lagi, vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZaneca yang awal diluluskan oleh NPRA adalah selamat digunakan dan tidak memberikan kesan sampingan yang teruk.

Sumber: Awani
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi