← Back to list

Takut Kena Vaksin, Aksi Pemuda Tutup Kepala Dengan Kotak Curi Perhatian Ramai

Sep 18, 2021

Seorang pemuda di Indonesia mencuri perhatian ramai apabila dia menutup kepalanya menggunakan kotak ketika disuntik dengan vaksin COVID-19.

takut kena vaksin, aksi pemuda tutup kepala dengan kotak curi perhatian ramai

Foto adegan mencuit hati itu kemudian menjadi tular di media sosial.

Dalam foto tersebut, pemuda berbaju hitam itu dilihat duduk bersebelahan pegawai vaksinasi.

Seorang pekerja kesihatan di situ kemudian menyuntik vaksin pada lengan pemuda itu.

Kelihatan hanya sedikit rambut di bahagian belakang kepala pemuda itu yang kelihatan berikutan keseluruhan kepalanya ditutupi kotak.

Menurut Ketua Pemerintah Desa Kemalang, Daerah Kemalang, Klaten Widodo mengesahkan kejadian tular itu.

“Vaksinasi itu berlaku pada Isnin (13/9) kelmarin. Terdapat dua orang yang takut, tetapi satu ditutup dengan kotak, walaupun ditutup dengan kotak, ia masih diberi vaksin dan tidak dipaksa,” jelasnya.

Tambahnya lagi, lelaki tersebut merupakan penduduk tempatan yang menetap di Desa Kemalang.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi