← Back to list

KKM Nafi Keluar Kad Vaksinasi, Sijil Hanya Menerusi MySejahtera

Jul 28, 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan laporan berita mengenai dakwaan terdapat kad vaksinasi yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan.

kkm nafi keluar kad vaksinasi, sijil hanya menerusi mysejahtera

Dalam satu kenyataan, KKM menjelaskan kad vaksinasi dan kod QR yang digunakan pada sidang media 17 Mac lalu hanyalah sample rekabentuk kad vaksinasi untuk ditunjukkan kepada wartawan dan jurugambar.

Tambah KKM lagi, sehingga kini pihaknya tidak membuat sebarang perolehan atau permohonan kepada mana-mana pihak berhubung pengeluaran kad vaksinasi itu.

Sehubungan itu, KKM menyarankan agar mana-mana pihak tidak menyebarkan berita tersebut kerana ia boleh memberikan gambaran yang salah kepada orang ramai terhadap penggunaan kad berkenaan.

Sijil digital vaksinasi kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin buat masa ini hanya boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera sahaja.

Sumber: KKM

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi