← Back to list

Kerajaan Arab Saudi Umum Iktiraf Vaksin Sinovac, Bakal Jemaah Haji Malaysia Tidak Perlu Bimbang

Jul 13, 2021


Vaksin Sinovac akhirnya tersenarai dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara tersebut selepas diumumkan Kerajaan Arab Saudi.

kerajaan arab saudi umum iktiraf vaksin sinovac, bakal jemaah haji malaysia tidak perlu bimbang

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi berita gembira itu kepada bakal jemaah yang telah mendapatkan vaksin Sinovac.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

kerajaan arab saudi umum iktiraf vaksin sinovac, bakal jemaah haji malaysia tidak perlu bimbang

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi hanya menyenaraikan vaksin Pfizer dan AstraZeneca bagi kemasukan negara tersebut sebelum ini.

 

 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi