← Back to list

Suntik Orang Ramai Dengan Air, Doktor Palsu Di Uganda Diburu

Jul 13, 2021

Seorang lelaki yang menyamar berpakaian doktor dan menjual suntikan air kini sedang diburu oleh polis di Kampala, Uganda.

suntik orang ramai dengan air, doktor palsu di uganda diburu

Doktor palsu itu berjaya meyakinkan beberapa syarikat untuk membiayai pemvaksinan pekerja mereka dengan bayaran dikenakan antara 20 hingga 41 Pound Sterling (kira-kira RM115 hingga RM235) bagi setiap suntikan.

Menurut Ketua Unit Pemantau Kesihatan Awam di pejabat presiden Dr Warren Naamara berkata, ia adalah satu penipuan yang jelas untuk mendapatkan wang.

"Kami mengesyaki dia menyuntik orang dengan air kerana ia tidak berwarna, tidak berbau dan tidak berbahaya. Kami masih memburunya dan menangkap dua jururawat yang bekerja dengannya," katanya.

Menurut dokumen yang dirampas, sekurang-kurangnya 812 individu sudahpun menerima suntikan air namun mereka percaya jumlah itu mungkin lebih banyak.

Semasa serbuan, pihak berkuasa menemui botol dengan label vaksin palsu serta maklumat penghantaran yang salah.

Wabak COVID-19 di Uganda juga semakin meningkat sejak Mei lalu dengan varian Delta menyumbang kepada gelombang jangkitan kedua. Lebih merumitkan, kempen vaksin yang bermula Mac lalu terjejas ekoran daripada bekalan Covax yang tidak mencukupi.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi