← Back to list

Jangan Tertipu Borang Pendaftaran Vaksin Melalui Google Form

Jul 13, 2021

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia merupakan program vaksinasi terbesar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia di negara ini sebagai satu pendekatan untuk membendung penularan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19).

jangan tertipu borang pendaftaran vaksin melalui google form

Beberapa laluan pendaftaran untuk penerimaan COVID-19 telah diwujudkan kepada orang ramai. Kaedah paling umum ialah pendaftaran melalui aplikasi maklumat COVID-19 rasmi negara, MySejahtera, di samping pembukaan pendaftaran melalui laman rasmi program imunisasi.

Bagi pendaftaran secara manual, laluan-laluan pendaftaran termasuk melalui talian pusat, kehadiran ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta, serta program-program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Namun, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencari kesempatan dengan mewujudkan pendaftaran vaksin atas talian menggunakan Google Form.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), borang pendaftaran melalui Google Form itu tersebar secara atas talian untuk Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Bangi Avenue dan ia adalah tidak sahih. Pendaftaran vaksin melalui Google Form seperti ini boleh merisikokan maklumat peribadi anda kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Buat semakan untuk pendaftaran untuk vaksinasi melalui pautan: https://vaksincovid.gov.my/panduan

Sumber: Facebook Rasmi JKJAV

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi