← Back to list

PM UK Yakin Rakyat Yang Sudah Diberi Vaksin Sepenuhnya Dapat Lakukan Perjalanan Luar Negara

Jul 02, 2021


Perdana Menteri Boris Johnson yakin warga Britain yang diberi vaksin sepenuhnya terhadap COVID-19 akan dapat melakukan perjalanan ke luar negara tahun ini.

pm uk yakin rakyat yang sudah diberi vaksin sepenuhnya dapat lakukan perjalanan luar negara

Pada bulan Mei dan Jun, Britain telah membenarkan perjalanan bebas kuarantin terhad dan kini sedang berusaha mendorong negara-negara Eropah yang lain untuk menerima pelancong Britain.

Kerajaan Britain bulan ini akan menetapkan perincian pelan untuk membolehkan mereka yang melakukan suntikan vaksin COVID-19 tidak dikuarantin ketika kembali dari destinasi pelancongan seperti Sepanyol dan Perancis.

Perubahan peraturan akan berlaku pada 26 Julai, minggu pertama cuti sekolah di UK.

Menurut Johnson, kerajaan akan memberikan lebih banyak perincian pelannya pada bila-bila masa di bulan Julai.

pm uk yakin rakyat yang sudah diberi vaksin sepenuhnya dapat lakukan perjalanan luar negara

Menteri Perniagaan Kwasi Kwarteng berkata, kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk memastikan pelancong Britain yang mendapat dua dos vaksin tidak berdepan sekatan.

Itali, Portugal dan Sepanyol telah memperketat syarat kemasukan mereka berikutan peningkatan kes COVID-19 di Britain yang disebabkan oleh varian Delta yang lebih pantas menular.

Pada Jumaat, Johnson dijadual membincangkan sekatan perjalanan dengan Canselor Jerman Angela Merkel.

Britain hampir mempersetujui perjanjian dengan Brussels supaya aplikasi Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) diterima oleh EU sebagai bukti vaksinasi.

Sebagai balasannya, Britain akan menerima sijil digital EU baharu yang membenarkan perjalanan.

Sumber: Awani


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi