← Back to list

Semak MySejahtera Sekarang! Penerima Vaksin AstraZeneca Mula Terima Tarikh Janji Temu Dos Kedua

Jul 02, 2021


Penerima vaksin COVID-19 bagi janji temu dos kedua AstraZeneca telah mula diberikan menerusi MySejatera.

semak mysejahtera sekarang! penerima vaksin astrazeneca mula terima tarikh janji temu dos kedua

Tarikh janji temu itu sudah mula diberikan setelah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan tempoh masa dipercepatkan kepada 9 minggu.

Tambahnya, sumbangan vaksin AstraZeneca sebanyak 1 juta dos telah diberikan percuma kepada Malaysia daripada Kerajaan Jepun semalam.

semak mysejahtera sekarang! penerima vaksin astrazeneca mula terima tarikh janji temu dos kedua

Rata-rata penerima dos vaksin AstraZeneca telah menerima notifikasi bagi tarikh janji temu untuk dos kedua vaksin berkenaan.

Jangan lupa untuk menyemak aplikasi MySejahtera anda untuk mendapatkan tarikh dos kedua vaksin AstraZeneca.