← Back to list

Korea Selatan Akan Mula Longgarkan Peraturan Penjarakan Fizikal Mulai 1 Julai

Jun 22, 2021


Korea Selatan akan melonggarkan peraturan penjarakan fizikal bermula 1 Julai ini.

Bahkan, orang ramai turut dibenarkan untuk berkumpul secara peribadi sehingga enam orang di wilayah Seoul.

korea selatan akan mula longgarkan peraturan penjarakan fizikal mulai 1 julai

Pengumuman pada Ahad itu dibuat ketika Korea Selatan selesai memvaksinasi 29.2 peratus penduduknya setakat Sabtu lalu.

Sasaran negara itu adalah untuk mencapai 70 peratus vaksinasi pada bulan September.

Jangkitan harian baharu COVID-19 di negara itu telah berada dalam lingkungan 400 hingga 700 kes selama beberapa minggu terakhir.

Bagaimanapun selama lebih seminggu, ia berada di bawah 600 kes.

Di bawah peratusan yang disemak semula, restoran, tempat hiburan dan kafe dibenarkan buka untuk perniagaan sehingga jam 12 tengah malam berbanding waktu yang ditetapkan sebelum ini iaitu 10 malam.

korea selatan akan mula longgarkan peraturan penjarakan fizikal mulai 1 julai

korea selatan akan mula longgarkan peraturan penjarakan fizikal mulai 1 julai

Menteri Kesihatan Kwon Deok-cheol berkata, sistem penjarakan fizikal baharu adalah usaha untuk mencari keseimbangan antara kuarantin dan kehidupan harian di tengah-tengah wabak yang berpanjangan.

Sekiranya kes jangkitan tidak meningkat dengan ketara, kerajaan merancang membenarkan perhimpunan awam sehingga lapan orang di wilayah Seoul bermula 15 Julai.

Sumber: Awani


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi