← Back to list

Agnez Monica Buka Klinik Tanpa Bayaran Bagi Cepatkan Proses Pengambilan Vaksin

Jun 18, 2021


Penyanyi terkenal Indonesia, Agnez Monica telah membangunkan sebuah klinik khusus untuk memberi vaksin secara percuma kepada masyarakat setempat.

agnez monica buka klinik tanpa bayaran bagi cepatkan proses pengambilan vaksin

Masyarakat seluruh dunia kini dalam usaha mengambil suntikan vaksin yang dianggap sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Agnez Monica di Instagram miliknya, beliau tubuhkan ‘AG Peduli’ dalam membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kebangsaan di negara itu. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo)

 

Penyanyi terkenal itu menyarankan masyarakat setempat untuk segera mendapatkan vaksin secara percuma. 

Tambahnya lagi, klinik tersebut bukan sahaja tempat untuk menerima suntikan vaksin tetapi klinik itu penuh dengan fasiliti yang lengkap dengan ambulans, ruang kecemasan, makmal dan lain-lain.

Klinik tersebut dibangunkan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pademanga yang dibantu oleh 60 orang staf kesihatan termasuk sukarelawan.

Indonesia kini bersedia untuk membuka beberapa destinasi pelancongan hangat di negara itu termasuk Bali, mulai Julai 2021 bagi melonjakkan semula sektor pelancongan yang terkesan ketika pandemik ini.

Sumber: Instagram Agnez Monica


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi