← Back to list
Lin Ariffin Mahu Lindungi Keluarga, Yakinkan Ibu Bapa Ambil Vaksin COVID-19
Jun 11, 2021
Penyampai radio ZAYAN, Lin Ariffin dilihat menghantar ibu dan bapanya mengambil suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 (PPV), Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Khamis.

Keyakinan ibu bapanya untuk menerima vaksin tersebut dilihat dapat membangkitkan semangat masyarakat yang lain untuk turut serta mendaftar bagi melindungi diri dan orang lain.
Lin Ariffin bagaimanapun memimpin ibu bapanya mengambil vaksin dari awal sehingga akhir proses tersebut.

“Saya pandu dari Nilai untuk menghantar ibu bapa di Kuala Lumpur untuk divaksinasi, Alhamdulillah.
“InsyaAllah kita ikhtiar. Semoga Allah merahmati kalian berdua (ibu bapa) dalam perlindungan-Nya, sayang kamu berdua,” katanya.
Proses vaksinasi berjalan lancar dan kedua ibu bapa Lin telah selesai menerima dos pertama untuk suntikan vaksin COVID-19.
Sumber: Instagram Lin Ariffin