← Back to list

Halal, Harus, Wajib? Apakah Hukum Bagi Suntikan Vaksin COVID-19?

Jun 09, 2021


Pelbagai spekulasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab apabila menyebarkan berita palsu mengenai vaksin COVID-19. Disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, menimbulkan pelbagai persoalan mengenai pengambilan vaksin di kalangan masyarakat.

halal, harus, wajib? apakah hukum bagi suntikan vaksin covid-19?

Ada juga yang bertanya mengenai kesahihan vaksin dari segi Islam. Jangan risau kerana vaksin COVID-19 adalah HALAL.

Malah, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MHI) kali ke-10 tahun 2020 yang dihadiri oleh Ashabus Samahah Mufti-Mufti Negeri dan Pakar dalam pelbagai bidang pada 3 Disember 2020 telah memutuskan bahawa;

Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah HARUS dan ia WAJIB diambil golongan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)