← Back to list
Apakah Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Dalam Islam?
Jun 07, 2021
Pelbagai spekulasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab apabila menyebarkan berita palsu mengenai vaksin COVID-19.
Ada juga yang bertanya mengenai kesahihan vaksin dari segi Islam. Jangan risau kerana vaksin COVID-19 adalah HALAL.

Malah, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MHI) kali ke-10 tahun 2020 yang dihadiri oleh Ashabus Samahah Mufti-Mufti Negeri dan Pakar dalam pelbagai bidang pada 3 Disember 2020 telah memutuskan bahawa;
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah HARUS dan ia WAJIB diambil golongan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)