← Back to list

Trak Vaksin Bergerak Bakal Beroperasi Bagi Pemberian Vaksin COVID-19 Di Kuala Lumpur

Jun 01, 2021


Program Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan penularan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat persetujuan Kerajaan.

trak vaksin bergerak bakal beroperasi bagi pemberian vaksin covid-19 di kuala lumpur

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar, perbincangan bersama Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa telah diadakan berhubung perkara itu.

“Kita akan mulakan ‘pilot project’ (projek perintis) di projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan pembinaan yang masih beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Tambahnya, lebih 30 trak bergerak dijangka digunakan sepanjang tempoh awal tersebut, dengan sasaran 100 dos pemberian vaksin sehari.

Beliau juga berkata kerajaan akan memutuskan dalam masa terdekat jika program Trak Vaksin Bergerak akan diperluaskan kepada skala yang lebih besar.

Sumber: Awani


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi