← Back to list
‘Don't Play Play!’, Phua Chu Kang Pesan Warga Singapura Ambil Suntikan Vaksin COVID-19
May 30, 2021
Selebriti versatile Singapura, Gurmit Singh sinonim dengan wataknya sebagai kontraktor lucu Phua Chu Kang (PCK) tampil dalam video promosi pengambilan vaksin di negara itu.

Selebriti kelahiran Singapura ini menyampaikan mesej melalui hiburan dalam video promosi berdurasi dua minit yang dilakonkan bersama Rosie Ang yang memegang watak isteri Phua Chu Kang di dalam sitkom itu.

Wataknya terkenal dengan kata-kata seperti “Best in Singapore, JB and some say Batam” dan “Don’t play play” itu juga dikongsikan di media sosial kerajaan negara itu.
Penghibur itu berharap agar usahanya ini dapat meyakinkan rakyat republik itu untuk mendapatkan vaksin masing-masing.
Terdahulu, sitkom Phua Chu Kang bertahan selama lapan musim di saluran 5 TV MediaCorp dari September 1997 hingga Februari 2007 sehingga ia ditayangkan di Malaysia pada 2009 dan 2010.
Sumber: GovSG