← Back to list

Radin Jalan Tanggungjawab, Selesai Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

May 20, 2021


Penyampai radio ERA, Radin selesai mengambil suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca semalam di WTC Kuala Lumpur.

Radin Amir Effendi atau mesra disapa Radin memaklumkan proses vaksinasi berjalan dengan begitu mudah dan lancar dibantu petugas barisan hadapan.

radin jalan tanggungjawab, selesai terima dos pertama vaksin covid-19

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Radin berkongsi pengalamannya bersama pengikut yang lain dan berpesan mematuhi proses yang tersedia ketika mengambil vaksin.

“Tolong check MySejahtera korang, stesen berapa semua. Macam saya seksyen tiga di sini dan tunggu giliran, isi borang apa yang patut.

radin jalan tanggungjawab, selesai terima dos pertama vaksin covid-19

“Penting tu kena tahu kat MySejahtera tu kita stesen berapa, kita pun tak perlu tunggu lama sebab memang laju prosesnya,” katanya.

Selesai divaksinasi, Radin menyeru orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab dan mendaftar bagi mendapatkan vaksin untuk melindungi diri dan masyarakat daripada COVID-19.

radin jalan tanggungjawab, selesai terima dos pertama vaksin covid-19

Sumber: Instagram Radin