← Back to list

“Tolong Ambil Vaksin COVID-19”, Loca B Tidak Endah Komen Netizen Golongan Anti Vaksin

May 20, 2021


Penyanyi rap meningkat naik, Loca B mendedahkan kiriman mesej peminat yang menyarankannya untuk tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19.

“tolong ambil vaksin covid-19”, loca b tidak endah komen netizen golongan anti vaksin

Menerusi hantaran di akaun Instagram, Loca B berkongsi mesej yang dikirim kepadanya yang mendakwa suntikan vaksin itu salah satu agenda Israel terhadap rakyat Malaysia.

“Saya minta tolong Loca beritahu pada semua peminat jangan ambil vaksin tersebut. Loca pun sama.

“Demi nyawa rakyat Malaysia, Israel memang rancang semua. Minta tolong ya,” ujar peminatnya.

“tolong ambil vaksin covid-19”, loca b tidak endah komen netizen golongan anti vaksin

Namun, Loca B menyarankan semua peminatnya mengambil suntikan vaksin dan tidak ambil endah permintaan peminat itu.

“Saya hanya menjalankan permintaan. Tolong ambil vaksin, adalah kamu punya tanggungjawab untuk lindung diri kamu dari penyakit.

“Jadi, orang lain tidak akan berjangkit. Kamu tinggal dalam masyarakat. Jadi, jalankanlah tanggungjawab itu,” katanya.

Loca B salah seorang selebriti tanah air yang menyokong program vaksinasi dan menyeru seluruh rakyat Malaysia mengambil vaksin bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Sumber: Instagram Loca B


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi