← Back to list

Arab Saudi Mula Buka Pintu Sempadan, Hanya Terima Individu Sudah Divaksinasi

May 18, 2021


Arab Saudi sudah mula membuka pintu sempadannya dan pengembara yang sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 tidak perlu melalui proses kuarantin.

Pihak berkuasa penerbangan awam (GACA) memaklumkan bermula 20 Mei, pengembara yang telah menerima suntikan vaksin penuh yang tiba di negara itu dari negara-negara yang berkelayakan tidak perlu melalui proses kuarantin tujuh hari.

arab saudi mula buka pintu sempadan, hanya terima individu sudah divaksinasi

Malah, ia juga termasuk mereka yang pernah dijangkiti COVID-19 dan sudah pulih sepenuhnya.

Ketika ini, pengembara yang tiba di negara itu perlu melalui proses kuarantin bagi tempoh tujuh hingga 14 hari bergantung dari negara mana dan perlu membuktikan keputusan ujian PCR negatif.

arab saudi mula buka pintu sempadan, hanya terima individu sudah divaksinasi

Namun, kanak-kanak yang berusia lapan tahun yang masih belum menerima suntikan vaksin perlu menjalani tempoh kuarantin sejurus tiba di Arab Saudi bagi tempoh tujuh hari.

Individu juga perlu mengesahkan ujian PCR negatif pada hari ke enam kuarantin dan perbelanjaan kuarantin perlu ditanggung sendiri.

arab saudi mula buka pintu sempadan, hanya terima individu sudah divaksinasi

Pengecualian itu tidak termasuk pengembara dari 20 negara termasuk Amerika Syarikat, India, United Kingdom, Jerman, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Langkah ini diambil dalam memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung di negara itu.

Sumber: Awani


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi