← Back to list

Vaksin Pfizer-BioNTech & AstraZeneca Bakal Diterima Jemaah Haji Malaysia

May 05, 2021


Berita gembira buat jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini, mereka akan diberikan keutamaan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca seperti yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

vaksin pfizer-biontech & astrazeneca bakal diterima jemaah haji malaysia

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara ini telah dibincangkan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

"Menerusi perbincangan ini, semua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi, sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan," katanya.

vaksin pfizer-biontech & astrazeneca bakal diterima jemaah haji malaysia

Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan berkaitan pelaksanaan rukun Islam kelima itu.

Setakat ini, tiada sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini dan Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin COVID-19 jenama Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.

Sumber: Awani


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi