← Back to list

Polis Nasihat Orang Ramai Waspada Penjualan Vaksin COVID-19 Atas Talian

Mar 05, 2021

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengesan wujudnya penjualan vaksin COVID-19 yang dijual secara atas talian baru-baru ini.

polis nasihat orang ramai waspada penjualan vaksin covid-19 atas talian
 
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PDRM, meskipun pengendali perkhidmatan jualan itu menafikan terdapatnya iklan tersebut pada laman mereka, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan palsu berkenaan penjualan vaksin COVID-19 di masa akan datang.

Tambahnya lagi, pihak kerajaan telah memaklumkan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada rakyat dan warga asing di Malaysia adalah secara percuma, maka sebarang bentuk penjualan vaksin ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu bentuk penipuan.

Malah, sehingga kini terdapat dua laporan berkaitan penipuan vaksin COVID-19 dengan kerugian berjumlah RM285,499.95 dibuat dan kes berkenaan sedang disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
 
Pihak JSJK juga komited untuk sentiasa memantau aktiviti penjualan vaksin COVID-19 ini khasnya secara dalam talian.

Sumber: PDRM
 
All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi