Anak Malaysia Cipta Pelekat 'Magik', Buat Buah-Buahan Tahan Lebih Lama

Lagi, anak Malaysia mengharum nama negara. Zhafri Zainudin telah memperkenalkan StixFresh, pelakat label yang mampu memanjangkan kesegaran sesetengah buah-buahan kini semakin popular di Amerika Syarikat. Stixfresh, pelekat label yang disalut dengan campuran natrium klorida dan lilin lebah yang membantu melambatkan proses pematangan buah dengan membuang etilena. Hasil kajian dan penyelidikan mendapati kesegaran buah dapat dipanjangkan sehingga 14 hari dengan pelekat Stixfresh. Pelekat Stixfresh ini juga merupakan satu-satunya pelekat label yang boleh dimakan sekali bersama buah tersebut. Label Stixfresh boleh digunakan untuk buah-buahan yang hampir sama saiz, tekstur kulit, penyakit dan serangan kulit seperti mangga, avocado, betik, buah naga, belimbing, epal dan juga pear. Di mana, pada awalnya Stixfresh ini hanya dihasilkan untuk membantu melambatkan proses permatangan buah mangga.   Sumber
ARTIKEL BERKAITAN