Viral Rakaman Detik Mendebarkan Pesawat Terhuyung-Hayang Ketika Cuba Mendarat

Tanggungjawab seorang juruterbang sangat besar. Keselamatan para penumpang penerbangan adalah keutamaan mereka.

Terbaru, satu insiden yang melibatkan penerbangan British Airways mencuri perhatian ramai selepas rakaman mencemaskan ketika pesawat itu terhuyung-hayang melakukan pendaratan dan terpaksa berlepas semula ekoran angin kencang yang melanda Heathrow viral.

Tengok ni.

British Airways yang terbang dari Hyderabad, India menunju ke Lapangan Terbang Heathrow di London, United Kingdom terpaksa berlepas semula sejurus mendarat beberapa saat.

Pesawat tersebut dilaporkan telah berjaya mendarat dengan selamat. Rata-rata memuji kecekapan juruterbang berkenaan.

Video yang dikongsikan di Twitter Big Jet TV ini mendapat hampir 4 juta tontonan.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN