[Video] Meremang Bulu Roma Tengok Rakaman Video Puting Beliung Ni

Meremang bulu roma kami semasa melihat rakaman puting beliung yang dirakam oleh Clem Schultz yang berusia 85 tahun ini. Bertambah seram lagi bila?dengar deruman angin kuat yang cukup menakutkan.

Difahamkan, Clem telah diberitahu bahawa kawasan rumahnya selamat dari rempuhan tersebut. Jadi, dari berlindung di tempat yang selamat, Clem mengambil keputusan untuk merakam insiden itu?dari tingkap rumahnya di tingkat dua.?

Setelah hampir seminit merakam kejadian itu, baru Clem menyedari?yang puting beliung itu semakin menghampirinya dan dia tidak mempunyai masa untuk berlari ke tingkat bawah. Disebabkan itu dia terus merakam kejadian tersebut.

Malangnya, isteri Clan serta jiran sebelah rumahnya maut dalam insiden tersebut.

Berikut merupakan video rakaman yang diambil oleh Clem Schultz.

Sumber: viralnova