Video Kejutan Tok Ti Kepada Peminatnya Buat Ramai Sebak

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan dengan berjumpa peminatnya di Indonesia dalam satu program bual bicara Hitam Putih terbitan stesen televisyen Trans 7.

Khusnul Khotimah yang menghidap penyakit Polio dikejutkan dengan kehadiran penyanyi yang disifatkan menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan kehidupan.

Sebelum kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti, pengacara Trans 7 ada mengusik Khusnul dengan memberitahu Tok Ti tidak dapat hadir untuk bertemu dengannya kerana kekangan masa.

Tonton video detik pertemuan Khusnul bersama Tok Ti yang membuatkan ramai sebak.

Tengok ni.

ARTIKEL BERKAITAN