[Video] Kawan-Kawan Sekelas Bersorak Ketika Melihat Kanak-Kanak Lumpuh Ini Berjalan Buat Kali Pertama

Sejak lahir lagi, David Matos de Souzay disahkan menghidap penyakit poliomyelitis yang menyukarkan dia untuk bergerak. Difahamkan, penyakit itu hanya tertumpu pada saraf tunjang pesakit, yang?menyebabkan kemerosotan otot dan lumpuh.

Baru-baru ini, David, 6, mula menghadiri kelas terapi fizikal, dan menurut ibunya, David berazam untuk bangun dan berjalan tanpa menggunakan kerusi roda.?

Atas desakan kawan-kawannya, David berusaha untuk berdiri dan berjalan buat pertama kalinya.

Anda boleh mendengar mereka bersorak menjerit "David, David, David, go!", sambil David berusaha untuk mengatur langkah di hadapan mereka buat?kali pertama.

Sweetnya! Apa gunanya kawan-kawan kalau tak beri sokongan sesama sendiri kan?

  Sumber: viralnova