[Video] Inovasi Pembahagi Jalan Ini Mungkin Dapat Mengurangkan Impak Kemalangan

Dunia ini penuh dengan orang baik yang sentiasa mencari cara-cara untuk menggunakan kreativiti mereka demi?membantu orang lain.

Contohnya seperti inovasi pembahagi jalan ciptaan Korea Selatan ETI ini. Ianya direka khas bagi mengurangkan impak ketika berlakunya kemalangan.

Pembahagi jalan seperti ini mungkin dapat mengurangkan kadar kemalangan maut?serta mengurangkan kecederaan yang dialami oleh pemandu serta penumpang.

Roller plastik yang terdapat pada pembahagi jalan juga dapat membantu mengelakkan kereta yang terbabas keluar dari laluan jalan raya.

  Sumber: Bored Panda