[Video] Dua Beradik Dirasuk Selepas Baca Mesej Berantai Di WhatsApp

Dua remaja perempuan berusia 13 dan 16 tahun dikatakan telah dirasuk selepas mereka menerima mesej dari ?syaitan? menerusi aplikasi WhatsApp.

Kedua-dua remaja perempuan itu telah dibawa ke hospital selepas mereka di dapati bercakap tanpa henti di rumah mereka di Tacna, Selatan Peru pada pagi Jumaat lepas.

Video rakaman menunjukan remaja itu meraung ketika paramedik datang untuk merawat mereka. Rakaman itu juga menunjukkan kedua-dua beradik yang lengkap berbaju tidur kelihatan seperti mengalami sawan.

3c1f753f00000578-4119938-image-m-28_1484407369357

Berdasarkan laporan Diario Correo, Doktor di Hospital Hipolito Unanue berkata, kedua-dua adik beradik itu dalam keadaan histeria ketika tiba di hospital.

Ibu kepada dua remaja itu turut memberitahu jiran mereka tentang perubahan anak-anakknya selepas mereka membaca mesej berantai menerusi telefon masing-masing.

Sumber: Daily Mail