[Video] Dapat Kad Kuning, Lepas Melamar ?Penonton'

Marriage proposal atau lamaran adalah satu momen yang akan dingati selamanya buat pasangan suami isteri. Pelbagai cara unik dan kreatif yang dilakukan untuk melamar insan tercinta.?

Seorang penyerang kelab Napa Rovers FC, Ashton Surber dikatakan telah melamar kekasihnya ketika dia beraksi dalam Liga Kebangsaan Guam.

Sebaik sahaja Surber menjaringkan gol, dia berlari ke tepi padang sambil membuka jersi yang dipakainya, sekali gus menampakkan t-shirt putih dengan ungkapan ?marry me?, sebagai tanda melamar kekasihnya, La?Keisha Pereda.

Apa yang melucukan adalah ketika lamaran dibuat, pengadil yang bertugas telah melayangkan kad kuning kepada Surber.

Difahamkan, membuka jersi dalam padang merupakan satu kesalahan dalam permainan bola sepak.

Apapun, kad kuning yang diterimanya itu bukanlah satu masalah besar buatnya kerana pada malam itu bukan saja pasukan mereka menang ketika menentang Kelab Guam Shipyard, malah mereka juga berjaya merampas kedudukan teratas liga dan paling penting, kekasih Surber menerima lamarannya itu dengan berkata 'ya'.

Sumber: Astro Awani