Reaksi Pelajar Ini Ambil Keputusan PT3 Curi Perhatian Netizen

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) baru sahaja dikeluarkan semalam. Video reaksi pelajar ini mengambil keputusan PT3 telah mencuri perhatian pengguna media sosial. 

Tengok ni.

Video milik @ManjakieChance yang dimuat naik di Twitter telah dihujani jutaan ucapan tahniah dari netizen.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya dan tak kurang juga ada yang rasa sebak melihat eskpresinya.

Dia jelas terkejut dengan keputusan yang diperolehi. 

Siapa sangka masa peperiksaan pertengahan gagal mendapat keputusan yang baik. Sekali masa keluar keputusan PT3 dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan 10A.

Kredit: Twitter @Manjakiechance

ARTIKEL BERKAITAN