Penjara di Korea Selatan Ini Jadi Tumpuan. Perlu Bayar RM376 Untuk Masuk Penjara!

Bila sebut pasal penjara ramai yang cuba larikan diri dan enggan dikurung di dalamnya. Berbeza dengan sebuah penjara di Korea Selatan yang menjadi tumpuan mereka yang ingin lari daripada dunia luar. Penjara yang dikenali sebagai ;Penjara Di Dalam Diri Saya? ini ditempah oleh mereka yang mahu melarikan diri daripada kehidupan yang sibuk dengan kadar bayaran ?70 (RM376) untuk 24 jam. Sejak dibuka pada 2013, penjara di Hongcheon ini sudah menerima lebih 2,000 pekerja dan pelajar yang mengalami tekanan hidup. Mereka yang berada di penjara tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain atau menggunakan telefon bimbit, televisyen, jam dan juga cermin. Mereka hanya akan diberi sebuah diari, tikar yoga dan satu butang panik sekiranya berlaku kecemasan. Makanan juga akan diberikan melalui lubang kecil di pintu bilik yang berkunci.
 
View this post on Instagram
 

A post shared by NowThis Money (@nowthismoney) on

Kredit: Harian Metro
ARTIKEL BERKAITAN