[Video] Merajuk, Sampai 20 Tahun Pasangan Suami Isteri Ini Tak Bercakap

Boleh pula pasangan suami isteri ni duduk sebumbung tapi tak bercakap antara satu sama lain. Pelik kan? Pasangan suami isteri dari Nara, Jepun ini dikatakan merajuk selama 20 tahun sehingga tidak bercakap biarpun masih tinggal bersama-sama. Otou Katayama dari Nara, Jepun tinggal bersama tiga anak serta isterinya Yumi dan mereka hanya berkomunikasi melalui anggukan dan berdehem sejak 20 tahun lalu. Dalam usaha membantu ibu Anak lelaki kepada Otou Katayama telah menulis kepada sebuah program televisyen dalam usaha membantu memperbaiki hubungan antara ibu dan bapanya. Satu pertemuan diaturkan oleh produksi ?program televisyen sambil anak-anak mereka memerhati?dari jauh. Melalui pertemuan itu, Otou menjelaskan dia sebenarnya merajuk kerana cemburu melihat perhatian yang diberikan isterinya kepada anak-anak. Tonton video berikut:
3bbb9a6200000578-4078242-a_meeting_was_arranged_between_them_in_nara_park_where_they_had_-m-6_1483203061108 3bbba80400000578-4078242-image-a-4_1483203046545 otou-katayama-man-finally-speaks-to-his-wife-after-20-years-of-silence-viviangist-com-23bbba7dc00000578-4078242-image-a-55_1483193056265parents-havent-spoken-for-20-years1 suami-isteri-tak-bertegur-sapa-selama-20-tahun     Sumber: Sinar Harian