Lelaki Dan Ikan Ini Sudah Berkawan Hampir 25 Tahun Lamanya. Friendship Goals!

Oleh Syazwan Aizad. Sumber FB Hiroyuki Biasanya kita dengar kawan lama antara manusia dengan manusia je. Tetapi di wilayah Chiba, Jepun ini menemukan dua kawan lama yang berlainan spesis, manusia dan ikan. yoriko-and-hiroyuki-friendship2-600x450 Penyelam tempatan, Hiroyuki Arakawa dan ikan spesis Asian sheepshead wrasse , diberi nama Yoriko, sudah berkawan baik hampir 25 tahun lamanya. Pada awal pertemuan mereka, Hiroyuki menjadi pemandu pelancong dan ikan gergasi ini secara tiba-tiba datang dan ingin bermain dengannya. yoriko-and-hiroyuki-friendship3-600x399 Sejak dari hari itu, Hiroyuki akan menjenguk ikan ini, bermain-main dengannya, memberi makan, dan menariknya mereka juga sering mengambil selfie bersama-sama.