Kucing Muka Bengis Ini Popular Di Instagram

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang manja dan suka bermain, namun tidak bagi Pompous Albert.

Kucing jenis Selkirk Rex, milik Mike dan Susan ini mempunya wajah bengis dengan kening berkerut yang membuatkannya kelihatan seperti kucing yang suka marah.

Namun disebabkan wajahnya itu, Albert kini semakin popular di Instagram.

Nama Pompuas Albert pula diberikan kerana dia memiliki bulu kerinting dengan warna putih keabu-abuan yang menyerupai rambut Albert Einstein.

Disebabkan wajahnya yang selalu nampak macam tak puas hati tu, Mike dan Susan memutuskan untuk membuka akaun Instagram milik Pompous Albert dan kini mempunyai seramai 224,000 pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN