Kes Hamil Luar Nikah Ketika Ini Dilihat Amat Membimbangkan

Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja ketika ini dilihat amat membimbangkan.

Lebih mengejutkan, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes itu adalah ketagihan seks dalam kalangan remaja. 

Pengurus Operasi Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja, Raudhatus Sakinah, Muha Anun Mohd Noor ada berkongsi dengan kami pengalamannya mengendalikan kes itu.

Tambah Muha, di Raudhatus Sakinah, pihaknya menekankan aspek pengurusan hati dan emosi agar mereka tidak terjebak semula dengan masalah itu.

Dalam pada itu, masalah hamil luar nikah boleh memberikan tekanan emosi yang melampau buat remaja yang menghadapinya.

Pakar psikologi klinikal, Azlina Mohd Ghaffar berkata, pengalaman buruk yang dialami mangsa telah mendorong mereka untuk membuang bayi tersebut.

Malah, terdapat juga kes di mana mangsa alami kemurungan kerana rasa bersalah menyerahkan bayi mereka kepada orang lain.

Tambah Azlina, antara jalan penyelesaian terbaik untuk tangani masalah itu adalah dengan berkongsi perihal kehamilan itu dengan pihak yang dipercayai.

Langkah itu penting agar mangsa dapat mengawal diri daripada membuat keputusan salah yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.  

Jadi, bagi anda yang mungkin berdepan dengan masalah sama dan memerlukan bantuan dan sokongan emosi bolehlah hubungi Befrienders KL di talian 03-79568145 atau Raudhatus Sakinah di talian 03-6178 1922.

Tengok ni.

ARTIKEL BERKAITAN