Dikenali Sebagai Saat Lompat, Semua Orang Akan Dapat 1 Saat Masa Extra Sebelum Masuk 2017.

Oleh Syazwan Aizad. Sumber A Star TV Kita mungkin biasa dengar tahun lompat, dimana 2016 adalah contoh tahun lompat dan Febuari akan lebih 1 hari daripada tahun biasa. Tetapi, pernah tak dengar dengan 'saat lompat' , dimana kita semua akan dapat lebih 1 saat daripada jam biasa? 31 Disember tahun ini adalah hari dimana kita semua akan dapat masa extra 1 saat sebelum masuk 2017. utc-2012 Setiap hari, bumi sebenarnya berputar 2.5 saat lebih lama (hari suria) daripada 24 jam (86,400 saat) daripada kiraan jam yang kita gunakan setiap hari. Setiap 1.5 tahun, perbezaan antara hari suria dan jam yang kita gunakan akan diganti dengan menambah 1 saat kedalam masa kita. Dalam ayat yang lebih mudah, saat lompat akan di tambah bagi melaraskan masa yang digunakan, agar selari dengan hari suria. leap-second-graphic-001 Kali terakhir 1 saat di tambah ke dalam masa di dunia ialah pada 30 Jun tahun lalu.