Campak Barang Penumpang Di Airport, Pekerja Ini Digantung Tugas

Video seorang lelaki mencampak air zamzam ke atas lantai mencuri perhatian netizen.

Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan individu tersebut membaling kotak air zamzam yang diangkat dari conveyer bagasi di KLIA lalu dicampak ke tepi.

Difahamkan, video tersebut di muat naik di Facebook pada 12 Disember oleh Fauzan Mohd dan kemudiannya menjadi viral.

Rata-rata marah dengan tindakan staf tersebut. Tengok ni.

Namun petang semalam, pihak Pos Malaysia dengan satu kenyataan di Facebook menyatakan staf mereka telah digantung tugas dan siasatan awal telah dijalankan.

Baca ni.

Malaysia Airports turut berkongsi status yang sama di Facebook mereka.

Diharapkan insiden seperti ini dapat dijadikan ikhtibar buat semua. Jangan ikut sangat amarah tu dan fikir sebelum bertindak.

ARTIKEL BERKAITAN