Aplikasi Reply ASAP, Memaksa Anak-Anak Membalas Mesej Parents Dengan Serta Merta

Aplikasi Reply ASAP ini memaksa anak-anak untuk membalas mesej anda dengan serta-merta.

Apabila mesej masuk, aplikasi Reply ASAP akan mengambil alih skrin dan penggera akan berbunyi sehingga pengguna bertindak balas.

Pengguna boleh menekan butang snooze tetapi aplikasi ini akan terus berbunyi sehingga mesej dibalas.

Dari perspektif keselamatan, jika mesej dihantar, aplikasi tersebut akan memberitahu lokasi dimana penerima mesej berada ketika itu.

Pencipta aplikasi, Nick Herbert melancarkan aplikasi Android 18 bulan lalu dan berkata lebih daripada 100,000 orang telah memuat turunnya.

Nick mengakui bahawa sesetengah orang mungkin mendapati teknologi itu mengganggu, tetapi menurutnya aplikasi ini telah merapatkan hubungannya dengan anaknya.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna Android.

Apple setakat ini menolak aplikasi Reply ASAP ini kerana lokasi dan ciri bunyinya. Nick Herbert berkata beliau akan terus membuat perubahan kepada versi iPhone sehingga ia diluluskan.

Rujukan:

1. wgme

2. local12

ARTIKEL BERKAITAN