Apa Benda Pulak Trend 'Om Telolet Om' Yang Melanda Media Sosial Ni?

Oleh Syazwan Aizad. Sejak hari Selasa lalu, media sosial khususnya di Twitter dan Facebook, rata-rata ramai yang berkongsi perkataan 'Om Telolet Om', bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia! screen-shot-2016-12-22-at-12-10-15-pm 72258_91548_om-telolet-hl Fenomena 'Om Telolet Om' ini dikatakan berpunca daripada bunyi hon bus di Indonesia. om-telolet Pada awalnya, anak muda di Indonesia yang kagum dengan bunyi hon bus yang telah diubahsuai, menunggu di tepi jalan sambil memegang kertas tertulis 'Om Telolet Om' dengan harapan pemandu bas akan membunyikan hon mereka.

Menurut BBC News, 'Telolet' adalah perkataan Indonesia yang membawa maksud bunyi hon. Tak cukup dengan itu, ramai pemuzik antarabangsa menjadikan bunyi hon ini sebagai remix dan hasilnya agak awesome bruh! 2c3808304881cac61b61fb2b5aeef4cc