Adakah Orang Buta Bermimpi Semasa Mereka Tidur?

Semasa tidur, kita sering bermimpi apa sahaja, sama ada mimpi itu baik mahupun mimpi itu buruk. Namun, wujud persoalan sama ada orang buta dan kurang deria penglihatan boleh bermimpi mahupun tidak? Dipetik daripada Psycology today, meskipun seseorang itu tidak dapat melihat, dia masih lagi mampu bermimpi kerana terdapat banyak lagi deria yang membantunya dalam kehidupan seharian seperti deria bau, sentuhan, dan rasa. Malah, mereka yang tidak dapat melihat ini juga dilaporkan mempunyai mimpi buruk yang lebih banyak berbanding mereka yang jelas penglihatannnya. Tambah lagi, mimpi buruk adalah cara otak melatih kita untuk menghadapi ancaman dalam hidup.
Sumber: https://www.sciencealert.com/blind-people-have-four-times-more-nightmares-than-those-who-can-see http://phenomena.nationalgeographic.com/2014/02/26/how-the-blind-dream/ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24709309 https://www.scientificamerican.com/article/what-is-dreaming-and-what-does-it-tell-us-about-memory-excerpt/
ARTIKEL BERKAITAN