Korang Dah Boleh Start Menabung Kerana PlayStation 5 Akan Dilancarkan Tahun Depan

korang dah boleh start menabung kerana playstation 5 akan dilancarkan tahun depan

 

Berita ini mungkin berita yang baik buat peminat play station. Sony telah mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa yang lalu akan generasi PlayStation seterusnya.

Menurut Sony, permainan konsol itu akan menemui peminatnya ketika musim cuti tahun depan (2020). Mereka juga mengatakan untuk PlayStation 5 akan mempunyai ciri-ciri yang baru dan pemain dapat merasa pengalaman yang menyeluruh.

“Salah satu impian kami untuk generasi akan datang adalah untuk memberi pengalaman yang mendalan dan menyeluruh kepada pemain”

Controller baru ini juga dikatakan akan menawarkan haptic feedback yang akan membawa pemain merasai lebih dekat dengan game aksi mereka.

Jadi, kepada korang yang minat PlayStation, ada masa lagi nak menabung. Grab it or leave it!

Sumber: NST