GT-R50 Dijual Dengan Harga RM4.7 Juta Dan Hanya Ada 50 Unit Je Dekat Dunia Ni

gt-r50 dijual dengan harga rm4.7 juta dan hanya ada 50 unit je dekat dunia ni

Peminat kereta mesti tahu kereta GT-R kan?

Sebelum ni model ini hanyalah dijadikan sebagai kereta konsep. Namun, akhirnya pihak pengeluar bersetuju untuk menjadikan mengeluarkan GT-R50 yang direka oleh Italdesign. Tengok kepada design tu memang sangat-sangat mengancam lah. Peminat kereta mesti bergetar tulang rusuk untuk mendapatkannya.

Lebih membuatkan model ini bernilai adalah kerana dihasilkan bersempena ulang tahun ke-50 Nissan GT-R. Kiranya ni special edition lah. Tapi, yang lebih membuatkan kereta ini bernilai tinggi adalah kerana pengeluarannya yang terhad. Nissan hanya mengeluarkan model ini sebanyak 50 unit sahaja!

Harga kereta ini sememangnya tinggi malah lebih tinggi daripada versi Nismo. Pengeluar menawarkan model GT-R50 ni dengan berharga €990,000 (~RM4.7 juta). Tertelan air liur membacanya.

Actually, pengeluar kereta ni dah pun buka pre-order seawal Disember 2018. Kalau korang membeli kereta ni, pengeluar akan menghantar sekitar awal tahun 2021.

Perghh! Bayangkan kalau korang beli kereta ni dan korang antara salah satu di antara 50 orang dekat dunia ni. Power wehhh!

Sumber: Motor 1

ARTIKEL BERKAITAN