Siti Sairah Terkejut Ada Entiti Muncul Dalam Rakaman Telefon

 

siti sairah terkejut ada entiti muncul dalam rakaman telefon

Penyanyi Siti Sairah terkejut apabila rakaman daripada telefon bimbitnya memaparkan kewujudan sebuah entity yang tidak diundang. Rakaman itu diambil ketika dia sedang menjalankan pengambaran muzik video lagu berjudul Suara.

Menurut Sairah, pengambaran video tersebut dijalankan di sebuah hutan di Kuang, Selangor. Dia juga berkata dia hanya menyedari akan hal tersebut daripada rakaman telefon bimbit pembantunya selepas beberapa hari.

“Sejujurnya saya tidak mengetahui mengenai perkara itu sehingga pembantu peribadi saya memaklumkan mengenai perkara itu samalam.

“Dia yang merakam babak itu guna handphone saya masa tengah shooting dalam hutan bulan lepas. Bila saya tengok balik video itu, memang saya terasa seram… merinding bulu roma,” jarnya kepada mStar.

Sairah juga bercerita, dia turut didatangi seorang lelaki sambil membawa budak kecil. Lelaki itu memberitahu kepada pihak produksi akan kawasan tersebut mempunyai penunggu.

Ketika waktu shooting juga dia ada mendengar ada orang berjalan di belakangnya kerana ada bunyi tapak kaki pijak ranting-ranting yang patah. Setelah itu, ketika waktu rehat pula pembantunya datang menghampiri penyanyi itu dan memberitahu ada pak cik datang dengan seorang budak kecil dan memberi amaran bahawa tempat itu keras.

Sairah juga menganggap pengambaran itu bagaikan satu mimpi ngeri kepadanya kerana terpaksa menjalani pengambaran di dalam hutan pada waktu malam disamping mengenakan pakaian Che Siti Wan Kembang.

 

Sumber: mStar