Ngerinya! Langit Ditutup Asap Tebal, Debu Bertoksik Mula Jatuh Akibat Letusan Gunung Berapi Kilauea

ngerinya! langit ditutup asap tebal, debu bertoksik mula jatuh akibat letusan gunung berapi kilauea

Geologi Amerika Syarikat telah memaklumkan bahawa Gunung Berapi Kilauea di Hawaii telah meletus pada malam hari Ahad lepas. Kesannya, kawasan tersebut dilanda gempa bumi pada unjuran selatan gunung itu.

Bukan itu sahaja, Reuters turut melaporkan keadaan langit telah ditutupi dengan asap tebal serta debu yang bertoksik mula jatuh akibat daripada lahar yang dikeluarkan oleh gunung berapi itu.

Hawaiian Volcano Observatory (HVO) berkata mereka merekodkan gempa berukuran 4.4 magnitud dengan pusat gegaran di bawah permukaan selatan Gunung Kilauea.

Ini merupakan kejadian letusan yang agak besar semenjak kejadian 2018. Pada tahun itu telah berlaku siri letusan dan rantaian gempa telah terjadi beberapa bulan. Akibatnya, penduduk terpaksa dipindahkan. Bukan itu sahaja kediaman dan bangunan turut musnah akibat lahar yang mengalir.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN